hi beautiful people! what up? cewah, cakap omputeh memang bergaya bukan? kami pun suka jadi bergaya tetapi mungkin bahasa melayu pun boleh beri kesan yang sama :)
pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadi WWardrobers (pengikut blog ini) *terharu dan gembira atas sokongan yang tak kami jangkakan.
keduanya, terima kasih kepada yang telah percaya dan membeli baju yang kami jual di sini. super-appreciated! harap boleh cerita / promosi pada kawan-kawan yang lain kerana blog ini masih mentah dan perlukan bimbingan :p
ketiganya, kami akan cuba membawa masuk lebih banyak pakaian baru dalam pelbagai saiz dan sekiranya tiada halangan, kami juga akan menjual hasil seni anak tempatan yang mungkin boleh menarik minat anda, siapa tahu bukan?
terus nantikan dan kami rasa belum terlewat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Pekerja' dan sekali lagi, terima kasih daun keladi.